🧚‍♀ One Step To Begin 🧜‍♀


SELANGKAH UNTUK BERMULA
20:49-9/10/2017-MON
(biarkan pada yang masih melihat bayang, kerana hakikarnya kita telah menerima sinaran)

19 hari menuju peperiksaan akhir tahun #countdowndays!
Setiap orang pernah mengalami kegagalan dalam hidup dan tak terkecuali aku. Kegagalan yang paling aku susah nak lupa dan sentiasa membayangi sampai sekarang adalah... dapat 6A dalam PT3 2017. Mesti ada orang terfikir kan, 'kegagalan ke tu? habis aku yang dapat lagi rendah ni lagi gagal lah? okayla tu daripada tak dapat A langsung!? -__-

Okay-okay! Memang perkara tu bukan perkara atau kegagalan yang sangat teruk tapi bagi seorang yang menyimpan tekad sejak darjah 3 untuk hanya mendapat A dalam setiap peperikaan yang besar, ianya suatu perkara yang boleh meyebabkan kemurungan and increase my stress level. *macam kau sorang je ada tekad* yerla semua orang ada tekad tapi mungkin orang lain ada hati yang kuat dan mampu hadapi kalau tekad tu tak tercapai. =_=

 Sebenarnya bukan nak tulis tentang kegagalan, tapi permulaan untuk bangkit kembali #oldsyarahwillback. Memang tipu kata mudah tapi kita perlu cuba walau apapun yang berlaku. 
Masa mula-mula nak bangkit perkara yang mula aku fikir:

1)semua orang boleh berjaya #dorongan
2)tapi mesti ramai yang mengata #anasirjahat
3)ada masa lagi nak usaha untuk berjaya #dorongan
4)tapi macam banyak dah masa terbunag #anasirjahat
5)kalau kita usaha mesti berjaya #dorongan
6)tapi kalau usaha tu sia-sia macam mana? #anasirjahat
dan lain-lain... (memang banyak lagi, tapi fikir-fikirkanlah sendiri) 

Terlalu banyak perkara yang kita fikir bila kita nak move on dengan sesuatu perkara kan? Lebih-lebih lagi kalau kita nak berubah dari gitu-gitu je kepada baiklah sikit >.< Tapi kalau terlalu fikir kemungkinan buruk yang mungkin berlaku, sampai bila kita akan ke arah yang lebih baik? Jadi untuk aku pastikan perubahan dan kebangkitan aku ni akan menjadi sesuatu yang consistent, aku cari beberapa faktor kenapa aku perlu memulakan langkah perubahan:


1)cari pembangkit semangat
  contohnya ibu bapa. Kalau umi aku selalu pesan suruh belajar 'molek', siapkan kerja sekolah dan  jangan bertangguh. Kalau abah aku selalu ingat antara pesan-pesan terakhir abah ialah selalu doakan abah dan "awah kena berjaya"-awah adalah nama panggilan aku dalam keluarga.

2)masih ada orang yang percaya pada kita
  kalau aku memang terkejut sebab tak sangka selama setahun lepas aku jatuh tahun lepas, masih ada cikgu (dua orang je la)yang tanam kepercayaan yang aku boleh lakukan yang lebih baik dalam SPM. Target 'straight As' pulak tu. *-*

3)fikir keluarga sebelum kawan 
  ini kerana 'kawan datang dan pergi, tapi keluarga selamanya di sisi'. Buruk baik kita, hodoh lawa kita, keluarga la yang biasanya selalu bersama kita. Kalau ada satu masa tiada kawan yang nak beri sokongan (biasakanlah, mungkin diorang anggap waktu belajar adalah persaingan), jangan hiraukan sangat dan fikir tentang harapan keluarga yang nak kita berjaya.

4)tanam cita-cita dan impian
  bila kita ada impian, secara automatiknya kita akan bersemangat untuk mencapai impian kita. Ada orang sanggup lakukan apa sahaja demi impian contohnya nak dapat keputusan yang cemerlang dan menjadi seorang yang kaya *asyik fikir pasal duit je. Orang tak ada duit pon boleh berjayalah dengan ilmu* Betul3. Tapi orang akan pandang kita bila kita berjaya bukan sahaja di menara gading, tapi juga di alam pekerjaan.

5)walaupun apa pun yang berlaku, balik semula pada Allah
  yang ni sebenarnya patut menjadi point yang pertama. Tapi memangdangkan aku ada beberapa points, jadi aku nak points yang paling penting ni paling diingati oleh semua yang membaca. Walau apapun yang ditakdirkan oleh Allah buat kita, terimalah ia dengan hati yang terbuka.

Pepatah Arab ada berkata,
"Penyesalan tidak akan megubah masa lalu, dan kerisauan tdak akan mengubah masa hadapan. Jadi hadapi setiap perkara dengan berlapang dada".

p/s: follow  my personal acount, @syarah_zulkifli

LOVE,
tS
22:43







Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan