Posts

Showing posts from 2022

USRAH: MAKSUD ISLAM YANG SEBENAR

Image
Note: aku tak tekankan tatabahasa ofc. And grammar aku pun hauk. Jadi kalau-kalau orang yang baca ni jenis sensatif pasal bahasa, aku minta maaf sebab menyakitkan mata dan otak korang. Peace! Harini, seperti yang dijanjikan aku masuk usrah pukul 8 pagi. Tapi terlanggar janji sikit, accident masuk 8.20 pagi hehe. Mulanya ingatkan aku sorang je dah lambat, last-last aku sorang je masuk. Pulakk.. Dah ready niat jahat awal-awal nak masuk sekejap je, pastu kalau mengantuk ke apa, bolehlah keluar awal. Jiwa nakal saya masih membara nampaknya.. Tapi Allah tak izinkan, ditakdirkan Kak Chika boleh layan aku sorang exclusively. Berbalik pada topik usrah. Soalan pertama yang aku dapat ..... " Apa yang awak bersyukur sebagai seorang Muslim? ". Soalan pertama pun dah kebabom Kak Chika bagi aku. Pastu dengan otak tak cukup oksigen sebab tak tdur semalaman, aku menjawab dengan redha. Aci tak aci lah betul ke salah.  Jawapan aku, aku selalu rasa mualaf tu hebat. At least seseorang yang berge

ABAH 55 TAHUN

 Buat seorang insan yang akan diingati selalu, Abah. Selamat hari lahir ke-55 tahun Abah. Sudah ku tahu hati terluka, Saat merekah memori kemarin, Sudah ku tahu takkan dibaca, Namun warkah tetap ku kirim. Insan bernama sering ku ingat, Tiada dua takkan terganti, Sampai ke tua masih meligat, Maaf dipinta saat sesali. Ku pintal doa saat terkhilaf, Memohon restu pada Yang Esa, Ku suluh jalan tidak beralas, Mengusir pilu tenggelam duka. Salam sejahtera buat di sana, Moga bahagia harapan anakanda, Senyumnya lebar ku rindu jua, Tangan subuh membuka mata. Bingkisan tidak seberapa yang mahu dikenang. Tidak memberi sebarang impak pada yang di sana, cuma diukir sekadar pengubat pilu. Semoga Allah mengampunkan semua hambaNya dan memberi kebahagian kepada seluruh umat manusia. 8:36 12 Muharram/10 Ogos 2022.