Posts

Showing posts from September, 2020

BUKU YANG TIDAK DIMAKAN ANAI-ANAI

Image
  Memang takjub, sebab tak sangka boleh tengok keajaiban Allah yang satu ni. Selalu dengar ceramah, baca cerita-cerita tentang keajaiban Allah, tapi sangat jarang berlaku pada diri sendiri.  Walaupun ni bukan pengalaman sendiri, hanya pengalaman kakngah, tapi kita boleh ambil iktibar. Hari Jumaat minggu lepas, kakngah dengan umi pergi Melaka, sebab nak ambil barang kat rumah sewa. Biasanya buku yang kita jarang guna, normallah letak dalam kotak. Tapi sebab dah lama tak duduk (sebab PKP), jadi penuh anai-anai.  Tapi bila belek-belek, ada satu buku yang terselamat. Sangat pelik. Tapi tu semua kuasa Allah. Buku tu buku agama, jadi kita boleh agak sebabnya. Banyak ayat-ayat Alquran dalam tu. Allah nak tunjuk, Allah masih selamatkan ayat-ayat Alquran untuk diamalkan oleh hamba-hambanya.  Sebenarnya ada satu perkara yang terdetik kat hati masa tengok gambar tu, ilmu yang kita catat dan rujuk selama ni, sekejap je Allah boleh tarik. Mungkin sebab tu orang kata "Ilmu perlu ada di dada, d

MAKAN SUSHI KING PUAS-PUAS 😋

 Good morning!  Tak tau nak tulis macam mana, tapi rasa nak abadikan memori semalam 😊 Sebenarnya dah rancang 2 minggu nak pergi makan Sushi King sama-sama, tapi biasanya awah dengan adik selalu ada kelas malam atau petang. Tangguh punya tangguh, dapat la pergi hari khamis last day pon.  Takdelah banyak mana kitaorang makan, tapi rasa happy sebab umi kata makan puas-puas kali ni. Walaupun masa umi kata dah kenyang, tapi kepala umi masih jenguk-jenguk.  Bila tanya umi nak yang mana, umi jawab takde pon. Tiba-tiba bila sampai udang terus umi ambik. Muka umi cerah je masa tu. Sebab dalam banyak-banyak sushi yang makan, yang tu je umi rasa boleh makan. Yang lain banyak ikan, sayur dengan telur. Ingatkan umi nak ambik satu, tapi 5 rupanya. Umi cakap nak anak umi makan puas-puas, sepinggan sorang. Padahal yang lain semua dah kenyang mada tu.  Masa duduk dalam tu, kebanyakannya Chinese. Rupanya diorang buat macam reunion. Diorang makan sampai RM300+ 😂 memang puas hati lah, sebab ramai. Lebih

PERASAAN LEPAS HANTAR KERJA KURSUS

 Okay, tarik nafas dulu. ^_^ Bayangkan. Kipas stand semeter setengah dari muka. Tingkap yang umi suruh tutup setengah jam tadi, masih elok terbuka. Anginnya masuk. Heee Minum teh panas, bila campur air sejuk jadi suam-suam je. Buat semua tu, sambil dengar lagu Nightcore Pura-pura Lupa (English Version) Sangat best. Serius. Dan sekarang, saya taip semua ni sambil tersenyum. Kelmarin, MUET speaking test dah selesai, alhamdulillah. Sebelum balik, sempat hantar kerja kursus Pengajian Am, tinggal cikgu check dan nak hantar borang temu bual dengan bibliografi. Harini, petang ni. Mungkin 15 minit sebelum saya taip kat draft blog ni, satu lagi kerja selesai. Proposal Seni Visual ^_^ Jujurnya masih banyak homework belum siap, 9 latihan graf, dengan modul Sejarah, tapi sekurang-kurangnya beban-beban yang besar kat kepala ni dah makin berkurang. Alang-alang dah azan Maghrib, jadi kena tutup tingkap dulu. Bye. (sticker 'sunflower' takfe kali ni sebab taip guna laptop) 7: 10 p.m. 20200923