Posts

Showing posts from June, 2018

๐ŸงŸ‍♀ Kongsi Cerita Cari Handsock ๐Ÿงค

Image
Okay, tajuknya mungkin over tapi serius itu apa yang saya rasa. Yes, banyak handsock (sarung tangan) yang boleh kita dapat sama ada kat mall ataupun stall. Tapi yang jadi masalah bila saya tak tahu nama handsock tu! Maklumlah zaman sekarang semua kena ada nama, sampai handsock pon kena ada nama kan. Fenomena tak tahu nama handsock ni memang dah lama sejak dari form 1. Dan jadi makin susah nak cari sebab handsock dah wujud pelbagai patern, colour dan material. Kalau geng pernah duduk asrama, mesti tahu terlalu banyak barang yang dijual dan ditawarkan. Ceh macam article promote barang. Alkisahnya, masa form 1 ada tengok akak mpa (majlis pengawas asrama) jual handsock depan surau masa nak masuk waktu maghrib. (Hmm strategik betul tempat dan waktunya) Masa mula-mula tengok serius berkenan sebab nampak cute je, tapi sebab tak bawak duit jadi tak jadi beli. Balik rumah niat nak cari kat kedai, tapi tak jumpa jumpa. Habis facebook dengan blog aku selongkar nak cari handsock tu. Pastu dap

Bila Saya Hilang Semua Harapan

Rasanya tak perlu luah tentang perkara ni, tapi memandangkan memang tak ramai yang baca blog ni, jadi dengan senang hati saya boleh menulis. Tiba tiba rasa diri ni kosong, macam tak berguna, hidup pun kadang rasa menyusahkan orang. Yes, tak sepatutnya kita sebagai manusia cakap/tulis perkara macam ni. Tapi kerana saya manusia la saya boleh rasa dan fikir macam ni. Saya mula hilang semua harapan bila saya rasa Allah uji saya sangat berat, hilang orang tersayang, keyakinan diri rasa macam makin menurun, dan semua usaha rasanya kurang atau kadang kadang langsung tak membuahkan hasil. Sebagai manusia, memang kita wajib mencuba, kita pun kenal apa erti putus asa. Bila kita usaha tapi kita tak dapat, bukan sekali malah berkali kali, tiada/kurang orang yang beri semangat tambah rasa rendah diri yang melampau dan akhirnya saya hanya mampu tarik nafas dan memhembuskannya dengan berat. Saya rasa sedih bila saya tak dapat selesaikan soalan yang cikgu beri walaupun dah belajar, keputusan ujian

๐Ÿ… Kalah 2 Kali Tetap Cuba Lagi ๐ŸŽ–

Image
Yup, dua kali! Tapi untuk satu pertandingan lah, takdela sampai masuk dua pertandingan, yang penting kami (atau sebahagiannya) cuba.  So what? Sejujurnya kenapa masuk bahas?  Minat? Nah~ takde minat pun orang masuk.  Kawan? Pun tak sebab Yusra (dua dari kiri) bukan sekelas dengan aku pun masa tingkatan 3, tapi sebab nak nak nak nak sangat masuk Ihtifal Ilmi Thanawi aka MUSMAT aka Musabaqah dari tingkatan 1  ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ  dan disebabkan bahas paling kurang saingan dan syarat yang cikgu tetapkan tak ketat,  jadi kita pun apa lagi? On! Masa tu fikir nak masuk sebab nak pergi jalan sekolah lain,  tengok suasana pertandingan (maklumlah si jakun baru dapat peluang), yang penting ada masa nak REHAT dari belajar. Eleh tipulah ada orang yang tak pernah guna alasan permainan ke pertandingan nak skip kelas, kan?  Tak perlu tunggu lama, memang dari awal nampak takde peluang la #sayafikir sebab nampak semangat memang ke laut. Yang aku tahu tak semua masuk sebab minat dan sanggup berjuang