Posts

Showing posts from October, 2020

Kepala terasa ringan 😎

Image
  Akhirnya selesai 😆 Tak tahulah kenapa harini ter-rajin sikit nak buat blog banyak-banyak! Tapi, alang-alang dah rasa rajin tu, kita tulis jelah 🤭 Apa perasaan lepas hantar kerja kursus?  Nak menangis? Adalah sikit, tapi lebih kepada lega. Lepas hantar dua-dua KK (Sejarah & Pengajian Am), rasa macam lapang hati. Kepala rasa ringan je, nak senyum je, macam di awan-awangan, ecece. ^o^ Sebenarnya, tak terasa nak hantar lagi, walaupun dah siap tapi malas nak print, isi borang, susun kertas lagi. Jadi lepas siap tu biar je bertangguh 2/3 minggu. Nak belek balik rasa malas, baik tengok cerita (astaghfirullah syarah ~_~) Tapi kelmarin, Cg Sejarah buat semakan kerja kursus. Lepas tu, baru terdetik hati nak tengok kalendar, rupa-rupanya ni minggu akhir hantar kk sebelum tarikh tamat. Tiba-tiba rasa gelabah. Balik sekolah, sepetang mengadap laptop, siapkan print, isi semua detail-detail tu siap susun, tinggal nak masukkan relung je. Mungkin memang sejenis suka tangguh kerja, bahaya juga b

Skincare Journey 🤭🛍

 Pukul 3.24 pagi. Hmmm.  Takpelah dah terbangun masa ni, apa salahnya buat blog sekeping dua 😙 Tak tahu kenapa, tapi sekarang, bila ingat abah, lebih banyak ingat nasihat-nasihat abah dulu. Sebenarnya lagi baik daripada ingat abah, pastu jadi sedih sedih, tak elok untuk emosi. Hidup tetap kita kena teruskan, dan alangkah baiknya kalau memori yang kita simpan adalah perkara-perkara yang menggembirakan <3 Semalam teringat masa naik frontier dengan abah berdua. Lepas tu cerita kat abah pasal produk-produk muka yang awah guna. Masa tu zaman pakai Safi lagi. Memang dari kecik jenis suka skin care, suka ambil tahu, dan kalau nak pakai satu-satu produk tu mesti nak pakai set lengkap. Terpengaruh dengan ayat 'lebih berkesan' atau 'untuk kesan yang lebih maksimum, gunalah bersama... '. Tapi masa tu baru darjah. Kecik lagi, sekolah rendah. Start terpengaruh pakai Safi sebab tengok kakak kakngah yang lagi tua 4/5 tahun mula pakai pencuci muka. Darjah 4 mulalah nak pakai pencuc

AWAH MASIH INGAT ABAH, AWAH AKAN SENTIASA INGAT ABAH

Image
2 hari lepas (12 Oktober 2020), hari isnin, kami ziarah kubur abah. Ni kali pertama awah pergi lepas kakngah tukar batu nisan yang baru. Cantik 😊 Semoga abah pon tenang di sana.  Dah empat tahun, sejak abah pergi. 13 Oktober 2016 dan sehingga kini, takde satu hari awah lupa abah. Setiap hari awah buka mata, teringat abah dah takde. Awah bangun dari katil, solat, makan, awah tetap buat perkara yang sama macan abah ada dulu. Tapi bila awah ingat abah, mesti rasa sedih, sebab tak tahu bila kita aka bertemu.  Awah rindu. Tapi awah tahu, persediaan awah untuk ke sana belum cukup. Awah nak bila awah pergi, amalan awah layak berada di bersama abah dan keluarga kita di tempat yang terbaik, inshaaAllah amin 💝 Semoga kita bertemu lagi di sana 🌻 14Okt2020