Posts

Showing posts from August, 2020

Makanan Orang Sakit Masa Sakit

Image
 Assalamualaikum  Dah lama tak update blog, jadi hilang kata nak tulis apa. Rasa kekok pon ada... Dijadikan cerita, nok geroh kata Cikgu N, masa balik sekolah hari khamis, boleh pulak terjatuh masa turun tangga 😌 Elok aje nak sampai tangga terakhir, tiba-tiba kaki tak jejak tanah. Sekelip mata je kaki kanan rasa terlipat kat bahagian buku lali. Sakit, sangat sakit. Tapi rasa malu pon ada, sebab perasan ada beberapa orang pelajar dengan cikgu ada kat situ.  Sebenarnya ada rasa terkejut, dan terharu. Dua orang cikgu mari tolong, seorang tolong saya bangun, dan seorang lagi tolong kemas bekas dengan beg yang terjatuh. Langsung tak nampak gaya sombong, jauh cikgu nak marah atau sindir.  Sebelum ni dah banyak kali terjatuh, tapi masa tu takde orang. Kalau kat dua sekolah sebelum ni, masa jatuh, jarang orang tolong. Biasa orang terkejut, dan ketawa. Pernah sekali, Cikgu B tolong, sekali dengan anak cikgu, AQ dan N. Terharu sampai tak boleh kata apa-apa.  Masa adik sampai, adik tolong angkat