🧚♀ One Step To Begin 🧜♀
SELANGKAH UNTUK BERMULA 20:49-9/10/2017-MON (biarkan pada yang masih melihat bayang, kerana hakikarnya kita telah menerima sinaran) 19 hari menuju peperiksaan akhir tahun #countdowndays! Setiap orang pernah mengalami kegagalan dalam hidup dan tak terkecuali aku. Kegagalan yang paling aku susah nak lupa dan sentiasa membayangi sampai sekarang adalah... dapat 6A dalam PT3 2017. Mesti ada orang terfikir kan, 'kegagalan ke tu? habis aku yang dapat lagi rendah ni lagi gagal lah? okayla tu daripada tak dapat A langsung!? -__- Okay-okay! Memang perkara tu bukan perkara atau kegagalan yang sangat teruk tapi bagi seorang yang menyimpan tekad sejak darjah 3 untuk hanya mendapat A dalam setiap peperikaan yang besar, ianya suatu perkara yang boleh meyebabkan kemurungan and increase my stress level. *macam kau sorang je ada tekad* yerla semua orang ada tekad tapi mungkin orang lain ada hati yang kuat dan mampu hadapi kalau tekad tu tak tercapai. =_= Sebenarnya bukan nak