Posts

Showing posts from April, 2020

Pecah Kaca Pecah Gelas πŸ’₯πŸ’¨

Image
Lepas baca, takpa takyah balasπŸ˜… Cantikkan? 😭 Masa tengok ni rasa berkecai harapan nak belajar lukis, nangis guling-guling pon belum tentu dapat bakat niπŸ’¦ Tapi kita cuba jugak walaupun jantung debab debub dah, okaylah jugak hasilnya kan πŸ˜‰ Proses pertama, lukis lakaran awal la kiranya. Macam gelas nak pecah pon ada πŸ˜… Mungkin mula-mula nampak macam pelik bahagian tepi tu macam tu. Tapi tu memang effect untuk buatkan lukisan gelas kita nampak real. Bayang memang mainkan peranan besar.  Bahagian pemegang gelas ni pulak nampak senget. Tapi bila tambahkan bayang, tambah normal.  Kesan gelas kaca tu nampak lebih realistik. Sebab gelas kaca lutsinar, jadi kesan bayang tu lain sikit daripada objek tegap.  Tinggal kita kemaskan, tambahkan bayang, dan tambahkan kesan pencahayaan. Hasil penuhnya macam ni. Boleh cuba buat, mungkin untuk hilangkan bosan masa PKP ni. 😁 -STPM 2020 Seni Visual

Kasut Awak, Heels Saya 😜

Image
Beberapa hari lepas cikgu bagi tugasan baru, kena lukis kasut dengan heels pulak. Jujurnya, lagi susah nak lukis sebab banyak details. Details kasut ni macam jenama dan kesan jahitan. Yang ni pulak untuk nampakkan real, tapi lagi mudah berbanding kasut. Yang di bawah ni hasilnya, tapi cikgu komen nampak kelabu πŸ˜… Dan saya sertakan proses-prosesnya kat sini Disebabkan pencahayaan tak elok, garis kualiti tu tak nampak sangat.  Masa cikgu komen lukisan kelabu tu rasa macam nak beli handphone baru je 😭 -STPM 2020 Seni Visual

Buat Apa Yang Jarang Buat, Berbual Dengan Kakak πŸ‘§πŸ‘©

   Sebenarnya memang jarang berbual dengan saja-saja kalau dengan family. Selain dengan umi, perkara tu bukan rutin masa pkp ni. Sebab bila kebosanan, aku lebih pilih terkurung dalam pilih sambil tengok drama πŸ˜†    Harini, sangat-sangat banyak berbual dengan kakak. Entah, mungkin biasanya rasa takde topik untuk bercakap, jadi aku lebih pilih diam. Sian kakak 😣    Tak ingat macam mana, tapi yang pasti lepas bangun tidur pergi manja dengan umi, tiba-tiba kakak datang. Bila start bercakap dengan kakak, ada beberapa perkara yang aku baru tahu walaupun dah 19 tahun jadi adiknya. 😿    Rasa sedih, sebab kita boleh bayang apa yang dia rasa. Kadang-kadang kita jarang luah apa yang kita alami, kita simpan sorang-sorang. Anggap macam takde apa, buat macam perkara tu tak pernah berlaku. Tapi apa yang orang kata pada kita, kita ingat. Sebab perkara tu pedih dan pahit. πŸ’”    Kakak cakap dia tak lupa beberapa perkara yang orang kata pada dia, walaupun perkara tu sedih. Sebab tu aka

Sungguh-Sungguh Umi Tolong Susun 🀣

Image
Pulut Nyior Ikan Kering πŸ˜† Umi ada masak rendang sekali, tapi sedap makan cara klasik lagi πŸ˜‰ Masa makan biasa-biasa je, tapi lepas makan elok-elok umi susun suruh ambik gambar 😎  Buat kenangan katanya 😊 Bila umi tengok gambar, tak puas hati, last-last umi sendiri ambik gambar πŸ˜†  Nilah hasilnya πŸ˜‰ Kalau gambar macam ni, ikan cacang katanya  🐠🐠🐠

Lama TungguπŸ¦‘Ketupat Sotong Pon Tiba πŸ™

Image
Tiga hari lepas, ngah cakap nak masak ketupat sotong. πŸ€’ Tapi tunggu punya tunggu, baru kelmarin boleh merasa. πŸ˜‡ Sebab situasi pkp ni, jadi barang pon susah nak beli. πŸ™ƒ Dan akhirnya dapat jugak 😽 Serius sedap, besar-besar gitu 🦍 Isi dia pulak gemuk-gemuk je 🐘 Sampai menjilat jarila kita makan 🐣 Malam tu umi bagi lagi sepapruh, sebab lebih katanya πŸ’— 14 April 2020

🍴Jadi Anak Terengganu Sejati, Buat Keropok Lekor 😎

   Tapi bukan awah yang buat, sebab bangun pon dah lewat πŸ˜“    Kelmarin umi memang ada cakap nak buat keropok lekor, sebab dah beli isi ikan (kakak ambik cod dekat pasaraya muslimah 😎)    Masa nak makan pagi, buka-buka tudung saji terus tengok ada keropok. Eh? 🀩    Comel je bentuk dia, pendek-pendek. Sekali tengok, macam beli kat Kedai Keropok Syuhada kat Marang.     Dan bila rasa, memang sedap. Lagi sedap dari Keropok Sura, walaupun tak boleh lawan lagi Keropok Surau Haji Abidin. Umi pon cakap macam tu πŸ˜†    First makan sekali dengan mihun goreng satu senduk, dua tiga suap mee goreng sekali dengan nasi goreng sesendok. Pergh, bestt.    Lepas tu, bila petang umi goreng pulak. Makan panas-panas🀀 Terlalu sedap sangat-sangat 😭    Jadi habislah mee goreng umi sepinggan kecik dan beberapa suah mihun le dalam mulut awah hehek    Nak belajar buat keropok lekor sendiri bila pulak? Bila sampai seru mungkin 😚 13 April 2020

Buat apa fikir orang kata πŸ˜™

   Sambil cakap-cakap dengan umi, sambil baring atas katil. Masa tengok umi main henset tu, tiba-tiba terpandang beg kat sebelah.    "Lepas abis PKP ni, nok pakai beg ni gi sekolah. Biar ar orang nok kate bende pon"    Terus umi jawab,    "Wak mende care ke orang, buat benda kita suka. Menda dok saloh"      Hoolah. Masa tu baru terfikir. Sokmo mikir pasal menda yang orang kata, jadi malu, rasa diri tak sempurna. Semua sebab terlalu fikir apa orang kata. Padahal bila tengok balik apa yang kita buat, tak salah pon. Kita tutup aurat, tak buat apa yang Allah larang. Sangat simple sebenarnya nak bahagia, tapi kita je yang selalu rumitkan.    Terus ambik henset, cakap nak rakam ayat umi semula. Sebab nak tengok selalu, nak ingat. Supaya selalu bersyukur, happy dan tak stress.    Tapi umi dah tak ingat cara yang umi cakap tadi πŸ˜… Bila umi ulang pon vibe dah jadi lain πŸ˜‚ 13 April 2020

😎 Umi Try Pakai Spek Awah! πŸ€“

   Dah bosan petang-petang, tak tahu nak buat apa, sambil tengok story ig, masa tulah jugak tengok drama πŸ‘¨‍⚕πŸ‘¨‍⚕'Hospital Playlist'πŸ‘¨‍⚕πŸ‘¨‍⚕πŸ‘©‍⚕    Tiba-tiba tengok syu update pasal matrik final exam sem 2 matriks batal, serius best 😭 campur dengki 😩    Pastu datang bisikan hati, 'matriks bukan tempat aku, form 6 yang terbaik untuk aku'    Jadi untuk tenangkan hati, keluarlah bilik nak cerita kat umi. Tapi kat luar bukan umi sorang, ada kakak dengan ngah sekali. Jadi walaupun cerita semua yang rasa nak dicerita, tetap rasa tak best. Rasa tak selesa, tak puas. Ada tersekat-sekat je dalam hati. Biasalah, malu ehek    Terus ajak umi masuk bilik, duduk atas katil, cerita-cerita, cakap-cakap kosong je, bestt    Free je fikiran masa tu, tiba-tiba umi mintak spek, then pakai.    "Awah, berapa power ni? Sakit mata umi"    "200 ratus lebih, hehe"      Umi mintak ambik gambar, comel je. Macam budak. Tak nampak macam umur 47 pon. Sebab jennis happy-